Jumaat, 30 Jun 2017

10 Idea jana pendapatan sampingan untuk pelajar IPTA/ IPTS



1. Buat bisnes online berasaskan konsep dropship

Ada macam-macam produk yang anda boleh jual kat luar sana, sama ada gadget, smartphone, tab , barangan komestik, barangan kecantikan dan sebagainya. Semua ini boleh dilakukan menggunakan kaedah dropship sahaja.

Jangan mengada-ngada nak keluar modal untuk simpan stok melainkan anda benar-benar yakin dah ada ready buyer. Sebagai pelajar, tugas dan tanggungjawab hakiki anda adalah untuk BELAJAR. Itu sahaja. Namun, ini bukanlah bermaksud anda tak boleh cuba-cuba untuk ceburi bidang perniagaan. Anda memang sangat digalakkan untuk berniaga, TETAPI jangan sampai anda disibukkan dengan hal-hal perniagaan melebihi hal-hal pelajaran.
Begini maksud saya, jika anda berniaga dengan cara biasa, iaitu anda order stok dari supplier, kemudian anda baru cari pelanggan, nanti anda akan busy dan fokus anda akan terganggu setiap kali anda terlihat stok barangan jualan yang tak laku. Jadi, untuk elakkan gangguan fokus, kan lagi baik anda fokus je pada perniagaan konsep Dropship. Risikonya lebih rendah dan pada masa sama, anda berpeluang untuk jana lagi banyak pendapatan.
2.Jalankan bisnes Trading
Dalam bisnes trading, ada dua konsep yang boleh anda lakukan, sama ada konsep B2B (Business to business) ataupun B2C (Business to consumer). Kalau anda pilih jenis yang B2B, contohnya adalah seperti anda mendapatkan supplier yang boleh membekalkan sandwich dan anda jualkan sandwich itu tadi kepada cafe tempat anda belajar.
Bayaran untuk jualan kepada cafe itu tadi sama ada ikut kaedah bill to bill, cash term, credit term ataupun consignment. Cara ini lebih mudah sebabnya anda hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja untuk menghabiskan stok sandwich anda tu tadi. Atau pun cara kedua, ialah B2C yang mana anda perlu jual sendiri barangan yang anda ingin niagakan. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.
Apa yang biasa saya nampak dilakukan di Universiti, ada pelajar yang jual air mineral dengan harga RM1 dan meletakkan tabung khas untuk bayaran. Jadinya, pelanggan yang nak beli boleh masukkan duit dalam tabung tu. Kaedah ini risiko agak besar, sebabnya kalau ada orang yang hatinya kotor, dia mungkin akan curi duit anda ataupun ambil barang anda tanpa bayar apa-apa.
3. Servis cuci Baju atau servis lipat baju
Student ni, kadang-kadang mereka tak ada masa nak cuci pakaian sendiri. Dah la tak ada masa nak cuci pakaian sendiri, kadang-kadang tu nak lipat baju pun tak ada masa. Terlalu sibuk dengan study, assignment, kuiz dan aktiviti kokurikulum. Jadi, kebanyakkannya memang akan hantar baju ke dobi sahaja.
Bolehlah buat servis ni, itupun kalau anda ada masa. Apa yang saya lihat, sekarang ni ada banyak juga tempat yang buka kedai dobi self service. Anda boleh gunakan servis ini untuk membantu perniagaan ala-ala dobi anda tu nanti.
4.Jual Topup
Semua orang ada handphone kan sekarang ni? Masa zaman saya belajar dulu, ramai betul yang jadi taukey topup. Siap cari ejen lagi untuk jualkan topup. Itu zaman saya la. Zaman sekarang ni, berbeza sikit.
Mana-mana yang nak buat duit dengan handphone, mereka akan buat duit dengan jual simkad. Instead off jadi promoter topup, sekarang dah boleh jadi promoter simkad. Lebih untung dan tak kiralah kat mana pelanggan tu nak topup nanti, tetap boleh dapat komisyen.
Contohnya simkad onexox ataupun simkad tone excel
5. Job Dirumah
Jobdirumah ni sesuai untuk pelajar yang ada kemahiran tertentu dan ingin buat duit tambahan daripada kemahiran yang dimiliki. Ada banyak tugasan-tugasan, sama ada yang susah ataupun yang mudah seperti menaip, menterjemah dan sebagainya yang boleh dilakukan. Cara kerja job Dirumah ni adalah ala-ala freelancer. Jika masa di peringkat study lagi anda dah biasa dengan kerja-kerja freelancing, saya percaya, anda tak ada masalah untuk buat duit bila dah grad nanti. Even kalau lambat dapat tawaran kerja pun tak ada masalah.
6.Jual servis pelik di Fiverr
Kita pergi ke peringkat global. Ada satu laman web yang dikenali sebagai Fiverr yang anda boleh jadikan platform untuk anda jual servis atau bakat anda. Servis-servis pelik yang ada ditawarkan di fiver adalah seperti menyanyi ikut rentak tertentu sempena hari jadi, hasilkan video dalam bentuk animasi dan banyak lagilah.
7.Blogging.
Dulu saya tulis blog sebab nak buat nota belajar. Sambil tulis dalam blog, sambil tu saya boleh ingat apa yang saya baru belajar. Pada masa yang sama, saya pun dapat improve typing speed.
Bila anda tulis blog, anda boleh buat duit dari pelbagai cabang, antaranya program affilate, program pengiklanan, jualan produk sendiri ataupun jualan servis. Kaedah ini memang terbukti boleh buat duit. Sebab tu saya sampai sekarang masih lagi gigih update blog ha ha
 8.Bisnes Printing
Dengan bisnes printing ni sebenarnya ada macam-macam cara untuk anda buat duit. Lazimnya, siapa-siapa yang ada printer tu, boleh la tawarkan perkhidmatan printing assignment dan sebagainya. Itu cara biasa. Nak yang LUAR BIASA tak? Kita buat cara kedai-kedai printing besar buat bisnes, tetapi yang ini kita tak gunakan modal yang besar sangat.
9.Live Streaming
Konsep live streaming ni ialah kita mengeksploitasi minat sebahagian peminat-peminat sukan untuk menonton siaran sukan menerusi live streaming sahaja. 

10. Tusyen dan personal coaching

Ok personal tutor. Itupun jika anda mempunyai kefahaman dan penguasaan yang baik dalam subjek-subjek tertentu. Ada banyak sebenarnya student yang TAKUT GAGAL dan tak kisah nak belajar dari anda. Semua ni semata-mata mereka dapat kekalkan score CGPA yang baik.

Kalau anda tak berapa yakin nak mengajar rakan-rakan sebaya ataupun yang mungkin lebih berusia dari anda, boleh juga ofer servis personal tutor kepada adik-adik yang baru nak ambik exam SPM dan sebagainya.

Sebenarnyakan… bila kita perhalusi, ada banyak betul peluang untuk kita buat duit yang terhidang kat luar sana. Anda perlu korbankan sesuatu, untuk dapatkan sesuatu yang berharga. Dalam konteks nak buat duit bagi golongan pelajar ni misalnya, anda terpaksa korbankan masa untuk anda bersuka ria dan bersosial dengan rakan-rakan anda untuk buat duit.

Satu ilmu yang tak diajar di universiti adalah ilmu buat duit. Jadi, jika anda berjaya memecahkan formula bagaimana nak buat duit, saya percaya anda berpotensi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding rakan-rakan lain yang tak pernah peduli pun untuk explore cara-cara nak buat duit dari zaman belajar lagi.

Apa yang penting, jangan sampai terabaikan pelajaran anda!

C&P
sabreehussin.com/10-idea-jana-pendapatan-sampingan-untuk-pelajar-ipta-ipts/

Khamis, 29 Jun 2017

Seluar Slack Cotton Levi's Limited Edition

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ PROMOSI PENGHABISAN STOK 2017๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ‘–SELUAR SLACK COTTON LEVIS ๐Ÿ‘–

HARGA  3 helai SERENDAH RM130 SAHAJA !!!!!
#INCLUDE #POSTAGE (Semenanjung)!!!!

๐Ÿ‘–WARNA HITAM, COKLAT, CREAM DAN KELABU (SAIZ 28-48)๐Ÿ‘–

Cepat, stock terhad , HIGH QUALITY !!!

First come, first serve!!!
✅28-42 (COKLAT, HITAM, KELABU, CREAM)
✅44-48 (KELABU, CREAM, HITAM, COKLAT)

SAIZ?
✅Saiz 28-36 RM130
✅Saiz 38-42 RM140
✅Saiz 44-48 RM150

๐Ÿ‘๐ŸปJenis straight cut
๐Ÿ‘๐Ÿปkain COTTON 100%
๐Ÿ‘๐ŸปMade in HONG KONG
๐Ÿ‘๐ŸปLELAKI PEREMPUAN boleh PAKAI

*WARNA TAHAN TIDAK MUDAH LUNTUR DAN KAIN TIDAK PANAS SEDAP DIPAKAI*

๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป*BERMINAT??
KLIK LINK DIBAWAH* ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK

014-639 2686 (Ardi)

๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK



014-639 2686(Ardi)

๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke www.wasap.my/60146392686/SLACK

Instagram :
https://www.instagram.com/seluarslackcotton/


#BeliPastiRepeatOrder #SeluarSlackCottonLevisLimitedEdition
#BisnesOnline #SeluarMurahBerkualiti
#SeluarSlack #SeluarSlackCottonLevis


#Seluar #PakaianHarian #SeluarJeans #SeluarTrackSuit #SeluarUniqlo #Uniqlo #Levis