Khamis, 6 Julai 2017

Simkad Jimat bersama Onexox

JARANG call?... sbb ada whatsapp, telegram dll

JARANG langgan data?.. sbb ada wifi di rumah & office?

Kalau semua dah JARANG, guna la "simkad yg JARANG nak topup"

Alang2x dah JARANG kan...😆

Buat apa nak menabung dalam henfon semata2 nak aktifkan tempoh sah kredit??

Nak menabung gi bank, bukan dalam henfon...👍🏼

Bertukarlah ke OneXox

*📱Simkad RM40*
= 850 hari validiti + 333minit Free 500Mb

*📱Simkad RM40*
= 850 hari validiti + 5GB Free 5Gb + 500Mb

*📱Simkad RM60*
= 850 hari validiti + 10GB Free 10Gb + 500Mb

*📱Simkad RM70*
= 850 Hari validiti + 5GB Data internet + 333minit (semua rangkaian) Free 500Mb

Blh kekalkan nombor prepaid @ postpaid sedia ada

Bagi peluang kepada diri anda untuk mencuba simkad OneXOX ini...

Jom berJIMAT!!!

Jemput like page ->>

https://m.facebook.com/nickyringgo?ref=bookmarks

📲wasap.my/60146392686

Seluar Slack Dan Jeans

SELUAR LAMA SUDAH LUSUH....???
NAK PAKAI SELUAR PADA HARGA MAMPU MILIK..???

Mari Cepat2 ORDER Slack JEANS LEVIS..
Stok SANGAT LIMITEDDDD..

SAPE CEPAT DIA DAPAT..!!!!!!
YG LAMBAT RUGIII BOH....

`````SLIM STRAIGHT`````
>>> ((SAIZ 28,29,30,31,32,33,34,36))<<<
~ RM50 SEHELAI SEMENANJUNG...
~ RM90 2 HELAI SEMENANJUNG..
~ RM130 3 HELAI SEMENANJUNG..
~ RM160 4 HELAI SEMENANJUNG..

>>>>> ((SAIZ 38,40,42)) <<<<<
~ RM60 SEHELAI SEMENANJUNG..
~ RM100 2 HELAI SEMENANJUNG..
~ RM140 3 HELAI SEMENANJUNG..
~ RM170 4 HELAI SEMENANJUNG..

POSTAGE FREE JEE UNTUK SEMENANJUNG..
UNTUK SABAH SARAWAK HANYA TAMBAH RM10 SAHAJAAAA...
MARI ORDER CEPAT SEBELUM TERLEPASSS...
.
👍🏻Jenis straight cut
👍🏻kain COTTON 100%
👍🏻Made in HONG KONG
👍🏻LELAKI PEREMPUAN boleh PAKAI
.
*WARNA TAHAN TIDAK MUDAH LUNTUR DAN KAIN TIDAK PANAS SEDAP DIPAKAI*
.
👇🏻👇🏻*BERMINAT??
KLIK LINK DIBAWAH* 👇🏻👇🏻
📞Whatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK

014-6392686
.
📞Whatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK
.
014-6392686
.
📞Whatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke www.wasap.my/60146392686/SLACK
.
Instagram :
https://www.instagram.com/seluarslackcotton/

Facebook Page:
https://www.facebook.com/Seluar-Slack-Cotton-Levis-Limited-Edition-1815641041999206/
.
#BeliPastiRepeatOrder #SeluarSlackCottonLevisLimitedEdition
#BisnesOnline #SeluarMurahBerkualiti
#SeluarSlack #SeluarSlackCottonLevis
#Seluar #PakaianHarian #SeluarJeans #SeluarTrackSuit #SeluarUniqlo #Uniqlo #Levis

Rabu, 5 Julai 2017

Produk Amway??

Asalamualaikum dan salam 1 malaysia...

untuk entry kali nie,, Ardi juz nak bgtau psal produk amway... actually Ardi baru tau pasal produk nie baru lagi... hasil perkenalan dgn  Korang brang amway nie kalu ikutkan memang agak mahal berbanding produk lain tetapi tahan lama... dan apabila dibandingkan produk amway dengan produk lain,, produk amway sangat berkualiti, sgt2 puas hati, berbaloi + xrugi, mudah, tahan lama & paling pnting jimat....=))) so apa lagi?? belilah !!! huhuhuhu~ sbelum tu amira juz nk share dengan korang hasil dari pengguna amway... nie amira ambil dr blog dye...



Produk Amway sangat menjimatkan?

Adik : Ish! Ye ke? 
Kak :Tak caya, cubalah dulu.
Adik :Tapi barang Amway mahallah.
Kak : Dah pernah cuba tak?
Adik : Tak pernah..
Kak : Cuba pakai 1 barang dulu. Pastu baru nilai, boleh?
Adik : Ermmmm.. nanti saya tanya suami dululah..

Itulah saya dulu masa mula2 diperkenalkan ke dlm dunia Amway. Semuanya negatif.  Selalu tertanya, kenapa barang dia mahal sgt. Sampailah suatu hari tu, apabila kupon diskaun 10% utk ahli baru hampir tamat, saya pn memujuklah si suami untuk mencuba pakej diskaun tu yg terdiri dari kelengkapan rumah ( home care ) dan kelengkapan peribadi ( personal care ). Elok pl tu kena dgn time suami baru gaji.. Hehe.. bodek2 la sikit...

Excited jg nak mencubanya. Mula2 pakai rasa mcm best je, tp x berani nak bersuara takut suami cakap kita pl lebih2 pasal suami saya ni mmg sgt negatif dengan benda2 MLM ni. Dalam masa seminggu lepas guna tu suami saya mula bersuara, katanya bagus jg barang Amway ni, terutama ubat gigi. 



Ha, sejak dari saat itu kami mula mencuba pelbagai lagi barang2 lain keluaran Amway termasuk vitamin jenama Nutrilite dr Amway.  Sehingga kini kami x pernah cari jenama vitamin lain lg. Walaupun mahal tp hasilnya dah nmpak terutama kepada sinus saya. Jenama Nutrilite sendiri sudah berdiri teguh selama 75 tahun di dunia. Lama tu kan?





Nak cerita pl pasal Dish Drops (sabun basuh pinggan). Nak guna Dish Drops ni kita kena bancuh dia dulu. Kepekatannya bergantung pada kita. nak pekat ke nak cair. Kalau pekat, masa nak guna tu boleh campur dgn air lg bagi cair. Tangan pn lembut je lps guna. Yang boleh dapat beza tu, kat rumah sendiri saya guna Dish Drops ni, tapi bila balik kpg mana lah nak bw Dish Drops tu balik kpg. Ha, masa ni lah saya tau beza antara sabun biasa kat pasaran terbuka berbanding Dish Drops. Sabun basuh pinggan ni yg paling best pernah guna. Rasanya lain macam je kalau guna sabun lain. Dish Drops ni senang sgt nak tanggalkan minyak terutama marjerin. Tak caya? Cubalah dapatkan satu dan gunalah. Hehehe.. =P. 


Ni botol Dish Drops 4 liter yg saya beli masa bulan Januari 2011 yg lalu. Dah hampir 10 bulan gunakan dia tp masih berbaki lebih dari separuh botol. Lama sgt dah rasa tak beli sabun basuh pinggan. Kalau dulu sebelum menggunakan Dish Drops ni, tiap2 bulan mesti beli kat pasaraya waktu shopping barang2 rumah. Sejak guna dia x pernah dah lalu tempat botol sabun basuh pinggan ni.

Banyak lagi sebenarnya barang2 Amway ni. Penat tau kalau nak cerita semuanya dalam satu entry. Nantilah kalau2 senang nanti saya seritakan lg pengalaman menggunakan barang2 Amway yang saya telah, pernah, sedang dan akan digunakan..

Sebelum meninggalkan catatan kali ni, saya nak tinggalkan peribahasa ni

Belum Cuba, Belum Tahu..


Tak Kenal Maka Tak Cinta..

Ada lagi satu pepatah orang putih..

Don't Judge The Book By It's Cover.. 

finished !!! tujelah perkongsian dr dye.. so, amira akan letakkan sedikit antra produk amway... bolehlar tengok mana yang berkenan yer (^_^)



Losyen Tangan & Badan ALLANO (250g)

Losyen badan berasas buih yang unik.
Mudah disapu.
Tidak comot atau berminyak.
Mengandungi Alantoin dan Lanolin - untuk melega dan melembap kulit yang paling kering sekalipun.
Apabila memakai losyen ni,nyamuk tak gigit.ni barang paling best.sngt best bila pegi champing ke,orang lain kena gigit nyamuk,kita rilek je...


Deodoran Bau Segar Antipeluh Berbuli BODY SERIES (100ml)

deodorant ni paling best saya pernah guna.mmg harga nya sedikit mahal berbanding deodorant yang ada kat pasaran.tp isi kandungannya lagi banyak dari deodorant biasa dan tahan lama.kenapa tahan lama??ha ini yang best.sbb bila guna deodorant ni sapu sedikit je,layangkan sekali sahaja bebuli pada ketiak.tak perlu tenyeh banyk2 kali.tahan 48 jam ya.48 jam!!2 hari.walau pun dh mandi.still ketiak tak berpeluh lagi.yg paling best dia tak de alcohol.dibuat dari bahan semulajadi iaitu lichen.sy mmg tk bertukar dgn yang lain.ni paling best...=))


Glos Bibir ARTISTRY (6ml)

Tiada yang membuatkan penampilan anda tampak lebih segar selain sentuhan kilauan pada bibir anda. Glos Bibir ARTISTRY memberikan anda kilauan dan warna yang memukau dengan hanya satu sapuan. Bibir anda juga mendapat belaian yang diperlukan; minyak jojoba dan avokado memberikan penghidratan sementara pigmen fokus lembut dan mutiara mengurangkan garis-garis halus dan mencegah warna gincu dari merebak keluar. Anda bukan sahaja kelihatan berseri dengan sapuan warna berkilauan, malah bibir anda juga kelihatan lebih licin, lebih penuh dan lebih segar!



Maskara Pelebat SIGNATURE EYES ARTISTRY - Black (8.3ml)

Lihat bulu mata lebih lebat sehingga 600% untuk penampilan paling lebat, paling dramatik. Dengan berus MagnaBoost dan FullFX Formula yang termaju, ketebalan setiap helai bertambah serta-merta untuk mata yang tajam lagi memukau.

Berus:

Berus MagnaBoost yang eksklusif direka untuk mengangkat bulu mata dan memberuskan rumusan tersebut dalam jumlah optimum untuk menyerlahkan setiap helai secara dramatik.

Rumusan:

Rumusan FullFX dengan polimer penebal dan pigmen yang pekat menyaluti setiap helai bulu mata. Dirumus dengan bahan-bahan perapi untuk merawat sambil mencantikkan bulu mata. Tahan lama, tidak terserpih, tidak comot, tidak runcing dan tidak kusut.


Losyen Tabir Suria Banana Boat - Ultra Protect SPF80 (90 ml)

• Mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E untuk memastikan kulit 
sentiasa terhidrat sambil melindunginya daripada matahari
• Sangat kalis air
• Dirumus dengan teknologi AVOTRIPLEX
• Melindungi anda daripada sinar UVB yang boleh menyebabkan
selaran matahari dan sinar UVA yang boleh menyebabkan
kerosakan kulit jangka panjang
• Diperkaya dengan Vitamin C dan E
• Ringan dan tidak terasa berminyak
• Penyerapan pantas

actually brangan amway banyak lagi... tapi nie jelah sempat Ardi kongsikan..
jika korang berminat dengan brangan di atas ataupun brangan amway yang lain dan ingin mendapat maklumat lebih lanjut :

boleh berhubung dengan mereka :::

Ardi 014-6392686

https://m.facebook.com/home.php?refsrc=https%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&_rdr

http://www.wasap.my/60146392686/AMWAY

Sabtu, 1 Julai 2017

Solat Sunat Wudhuk

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’.  Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.
Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:
Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?”  Bilal menjawab:“Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.”  (Muttafaq ‘alaih)
.
.

CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK

.
1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
.
2. Lafaz dan niatnya ialah:
.
3. Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas
.
.

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK

Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW):
.
1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau
‘Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
.
2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

“Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.”

Solat Sunat Witir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
.
.

Witir Penutup Solat

.
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
.
.

Cara Melaksanakannya:

.
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
.
4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
.
.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
.
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:
.
5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
.
.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
~ shafiqolbu.