بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Solat Sunat Ihram ialah solat dua rakaat yang didirikan sebelum berniat memulakan ibadah haji atau umrah. Iaitu solat sunat sebelum berniat ihram yang dilakukan selepas siap mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram.
Solat sebelum berihram bukanlah sebagai satu syarat sahnya ihram, tetapi hukumnya sunnah menurut majoriti ulama.
.
.
.
Cara Melaksanakan Solat Sunat Ihram
.
Apabila selesai berwudhuk, lakukanlah Solat Sunat Ihram dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
.
.
1. Niat Solat Sunat Ihram
.
Lafaz Niat Solat Sunat sebelum Ihram:
.
.
2. Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah:
.
a) Raka’at pertama:
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)
b) Raka’at kedua:
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad)
.
.
3. Cara Melakukan Solat Ihram
.
Cara melaksanakan Solat Sunat Ihram adalah sama dengan solat sunat dua rakaat biasa yang lain. Berikut adalah ringkasan kaedah mendirikannya:
.
a. Rakaat Pertama
i. Berniat untuk melakukan Solat Sunat Tawaf
ii. Takbiratul Ihram
iii. Doa Iftitah
iv. Membaca Surah Al-Fatihah
v. Membaca Surah Al-Quran
vi. Rukuk
vii. Iktidal
viii. Sujud pertama
ix. Duduk di antara dua sujud
x. Sujud kedua
xi. Bangun untuk ke rakaat kedua
b. Rakaat Kedua
i. Ulang (iv – x) seperti pada rakaat pertama, bermula dari membaca Surah Al-Fatihah sehingga Sujud kedua.
ii. Duduk untuk Tahiyyat Akhir
iii. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
.
.
4. Berniat Ihram
.
Selepas selesai Solat Sunat Ihram dua rakaat, maka pasanglah niat Ihram dalam hati bergantung kepada ibadah haji atau umrah yang ingin dilakukan. Lafaz niatnya boleh lihat dan klik di sini.
Namun begitu kesemua niat tersebut tidak semestinya dilafazkan dalam bentuk ucapan, bahkan cukup sekadar lintasan di dalam hati, kemudian membaca Talbiyah.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
c&p : shafiqolbu