Khamis, 8 Mac 2018

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna:


(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah daripada syiar-syiar Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.
4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara  sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada mendatangkan apa-apa jua kebaikan.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إليه السامع فإنه رعونة وإيذاء.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.
8. Jauhilah daripada mengumpat- umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من إخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita  ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Bantulah orang lain memanfaatkan masanya. Jika kamu ada tugasan tertentu, maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

KENAPA DOA SESEORANG TIDAK MUSTAJAB?


Al-Imam al-Qurtubi rahimahullah menukilkan di dalam kitab tafsirnya, bahawa pernah ditanya kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah, kenapakah dengan diri kami yang berdoa tetapi tidak dimakbulkan doa kami di sisi Allah?

Lalu Ibrahim bin Adham rahimahullah berkata :

Doamu tidak mustajab kerana :

1) Kamu kenal Allah tetapi kamu tidak taat kepada-Nya.

2) Kamu kenal Rasulullah ﷺ tetapi kamu tidak mengikuti sunnah Baginda.

3) Kamu kenal al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.

4) Kamu makan daripada nikmat kurniaan Allah tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab bersyukur kepada-Nya.

5) Kamu tahu tentang syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.

6) Kamu tahu tentang neraka tetapi kamu tidak berusaha untuk menyelamatkan diri daripadanya.

7) Kamu kenal syaitan tetapi kamu tidak memeranginya, bahkan kamu berkawan dengannya.

8) Kamu tahu bahawa kematian itu pasti tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk berhadapan dengannya.

9) Kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

10) Kamu lupa tentang aib dirimu dan kamu sibuk dengan aib orang lain.

Sumber : Tafsir al-Qurtubi

"Ya Allah, taufiqkanlah kami dengan amalan yang memustajabkan doa kami dan jauhkanlah kami daripada segala perkara yang menyebabkan doa kami tidak diterima di sisi-Mu."

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Ustaz Salehuddin Bin Abu Samah

Semenyih, Selangor.
Jumaat, 21 Jamadil Akhir 1439H - 9 Mac 2018.