Sabtu, 1 Julai 2017

Solat Sunat Wudhuk

Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat. Solat ini dikenali juga dengan nama ‘Solat Syukur Wuduk’.  Jika kebetulan berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat sunat ‘muqayyad’ iaitu solat bersebab yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu larangan melakukan solat sunat.
Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.
.
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah; Bahawasanya Rasulullah SAW bertanya kepada Bilal pada waktu solat Subuh:
Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?”  Bilal menjawab:“Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.”  (Muttafaq ‘alaih)
.
.

CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK

.
1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua raka’at amat baik jika dapat dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
.
2. Lafaz dan niatnya ialah:
.
3. Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas
Rakaat kedua: Surah An-Nas
.
.

KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK

Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan yang sangat besar sepertimana yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (SAW):
.
1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau
‘Uthman menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk) nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.”  (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
.
2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

“Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.”

Solat Sunat Witir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa melakukan solat Witir dan solat sunat Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
.
Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.”  (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”  (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ kerana bilangan rakaatnya ganjil.  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada ganjil.”   (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan, al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau  berakhir  3 rakaat (1 tahiyyat 1 salam).
.
.

Witir Penutup Solat

.
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.”   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.”  (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.

 Fadhilat Solat Witir

1.     Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2.     Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3.     Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat kelak.
.
.

Cara Melaksanakannya:

.
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
.
3.  Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir.
.
4.  Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

“U-shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Witir satu raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
5.  Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir, dibaca ‘Surah Mu’awwizat’ iaitu:
a) Al-Ikhlas,
b) Al-Falaq dan
c) An-Naas.
.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
.
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan ‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
.
.

WIRID DAN DOA SELEPAS SOLAT WITIR

.
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah menaikkan suara. “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)
.
2. Kemudian dibaca 1 kali kalimah berikut:
3.  Seterusnya boleh dibaca doa-doa berikut:

4. Adakalanya Rasulullah SAW membaca doa:
.
5.  Diakhiri dengan Doa Solat Sunat Witir
.
.

Hukum Tangguh Witir ~ Harus

.
  1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua rakaat saja dan simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan penutup selepas solat sunat lain pada tengah malam.
  3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih kerana mahu mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat lain ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir lagi. Sabda  Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam“Tidak ada dua witir pada satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ.

Daripada Abu Hurairah, katanya, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
~ shafiqolbu.

Solat Sunat Tawaf

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Makkah1.
Solat Sunat Tawaf  ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang sebagai tanda kesyukuran, setiap kali selepas selesai dengan yakin bertawaf tujuh pusingan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh, dia berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَافَ بِالْبَيْتِ سَبْعًا ثُمَّ صَلَّى خَلْفَ الْمَقَامِ رَكْعَتَيْنِ.وَطَافَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ. وَقَالَ: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ.
“Suatu ketika Rasulullah ﷺ tiba dan melakukan tawaf di Baitullah sebanyak tujuh pusingan lalu solat dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim kemudian saie di antara Shafa dan Marwah. Lalu dia (Ibnu ‘Umar) berkata: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik.” (al-Ahzaab 33 : 21) – [Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim r.a.]
.
.
.
A.    Cara Melaksanakan Solat Sunat Tawaf 
.
Apabila selesai berwudhuk, lakukanlah Solat Sunat Ihram dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
.
1.      Niat
.
Lafaz dan niat Solat Sunat Tawaf ialah:
Niat Solat Sunnat Tawaf.
.
2. Bacaan Surah
.
Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah: 
.
a)   Raka’at pertama:
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)

b)  Raka’at kedua:
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad) 
.
3.  Cara Melakukan Solat Tawaf 
.
Cara melaksanakan Solat Sunat Tawaf adalah sama dengan solat sunat dua raka’at biasa yang lain. Berikut adalah ringkasan cara-cara mendirikannya:
. 
a.  Rakaat Pertama

                           i.            Berniat untuk melakukan Solat Sunat Tawaf
                          ii.            Takbiratul Ihram 
                         iii.            Doa Iftitah
                         iv.            Membaca Surah Al-Fatihah 
                          v.            Membaca Surah Al-Quran
                         vi.            Rukuk 
                        vii.            Iktidal
                       viii.            Sujud pertama 
                         ix.            Duduk di antara dua sujud
                          x.            Sujud kedua 
                         xi.            Bangun untuk ke rakaat kedua
 .
.

b.  Rakaat Kedua
                           i.            Ulang (iv – x) seperti pada rakaat pertama, bermula dari membaca Al-Fatihah sehingga Sujud kedua. 
                           ii.            Duduk untuk Tahiyyat Akhir
                          iii.            Memberi salam ke kanan dan ke kiri 
                          iv.            Berdoa.
.
.
.
B.  DOA SELEPAS SOLAT TAWAF
.
Setelah selesai melakukan Ibadah Tawaf dan solat sunat, bacalah apa-apa doa yang baik di tempat solat tersebut, sekurang-kurangnya doa ringkas berikut:~
.
1.  Doa selepas setiap kali selesai bertawaf dan solat sunatnya.
Doa Selepas Solat Sunnat Dan Tawaf.
.
2.  Doa selepas Tawaf terakhir sebelum meninggalkan Makkah.
Doa Selepas Solat Sunnat Tawaf Wida'
.
.
.
Kemudian sebaik-baiknya diikuti dengan meminum air zam-zam sambil berdoa.

(KLIK DI SINI)

.
.

D.  TEMPAT PERLAKSANAAN SOLAT TAWAF

.
Seseorang yangmelaksanakan samada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan melakukan Solat Sunat Tawaf di sisi Baitullah. Solat ini tidak semestinya pada tempat atau masa tertentu, ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat dalam Masjidil Haramdi Makkah.
Adalah lebih afdal sekiranya Solat Sunat Tawaf ini dapat dilakukan di belakang atau di sekitar Maqam Ibrahim yang terletak berdekatan dengan pintu Kaabah yang dikenali sebagai Multazam.

Multazam merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa maka seandainya dapat didirikan solat Tawaf di situ maka hendaklah seseorang itu mengambil peluang untuk memperbanyakan doa ketika sujud mahupun setelah membaca tasyahhud akhir sebelum memberi salam ke kanan.

Sekiranya terdapat kesukaran untuk melaksanakan Solat Sunat Tawaf di Maqam Ibrahim, maka diperbolehkan untuk mengerjakannya berhampiran Hijr Ismailatau di bawah pancuran Emas atau di mana-mana kawasan dalam Masjidil Haram mahupun di luarnya.
.
.
.
E.  NOTA:

1.  Bagi jemaah yang berulang alik antara tempat penginapan dengan Masjid Haram, mereka mempunyai pilihan sama ada melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid atau Tawaf Tahiyatul Bait ketika masuk ke dalamnya.

2.   Jika jemaah mahu melakukan Tawaf Tahiyatul Bait, afdalnya dia berbuat demikian. Sekiranya dia melakukan Solat Sunat Tawaf selepas itu, dia turut mendapat pahala sunat Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

3.      Jika jemaah tidak mahu melakukan Tawaf Tahiyatul Bait, lakukanlah Solat Sunat Tahiyatul Masjid.

4.  Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk bersolat jenazah. Dalam masalah ini, adalah afdal jemaah meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah tersebut.

.
.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Zikir Dan Doa Tawaf  (Klik Di Sini)
.
وَالسَّلاَمْ
.
By : Shafiqolbu