Selasa, 21 April 2020

Fungsi Aplikasi My Sejahtera

Sudahkah anda memuat turun aplikasi mobil MySejahtera?

Antara fungsi MySejahtera adalah:
1. Mengetahui risiko anda terhadap jangkitan COVID19.
2. Melakukan pemeriksaan kendiri dari masa ke semasa.
3. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID19 di Malaysia dan dunia.
4. Mengetahui dan mencari hotspot COVID19 di sekitar anda.

Ini adalah aplikasi rasmi untuk tujuan menghentikan penyebaran Covid-19 oleh Kerajaan Malaysia.

Marilah bersama kita membanteras penularan wabak COVID19 melalui teknologi!

Anda hanya perlu muat turun samada dari Google Play, App Store atau AppGallery dengan memasukkan kata kunci MySejahtera.

Bantu kami, untuk bantu anda.

#kitamestimenang
#mysejahtera


Kluster Aktif Covid19 Malaysia Sehingga 21 April 2020

Laporan kluster COVID-19 yang aktif di Malaysia sehingga 21 April 2020.

Sumber : Page Facebook KKM Malaysia