Jumaat, 15 Disember 2017

Saya tidak tahu siapa penulisnya.....tapi ini bagus untuk kita renungkan ๐Ÿค”


SUAMI/ISTERI yang kaya raya........ketika masuk rumah dan mereka melihat ruang makan yang kotor.....dan tercium bau tidak sedap.... *"busuk"*

Sementara di sudut meja makan terlihat....sosok tubuh seorang ibu tua sedang berusaha keras untuk menyapu.

*Isteri  :*
DIA bersuara keras membentak ibu tua itu !!!
Ini pasti kerja mak, kan?
mak selerakkan lantai kan?
tengok tu, meja kotor..... makanan  bersepah di mana-mana..... lantai juga...  aduuuuuh *(marah dan geram)*..... mak...mak !!
Ini rumah bukan gudang.! mak !!

*Suami :*
Sudahlah Sal.... jangan bentak mak seperti itu, kasihan.....makkan sudah tua.

*Isteri:*
Tidak boleh  berterusan begini..Kalau tiba² ada tetamu yg datang.... apa  jadi? malu kita...  esok kita bawa emak ke rumah orang-orang tua.....Saya akan bawa!

*Suami :*
Jangan Sal....! Itu kan emakmu....takkanlah di bawa ke rumah orang-orang tua ......

Setelah ibu tua itu dibawa ke rumah orang-orang tua si isteri terus mengemaskan bilik emaknya........

*Dibawah katil ditemuinya sebuah buku lusuh dengan kertas yang agak kuning kusam.*

Dia tertarik kerana.... ada gambar dirinya sejak kecil dan remaja, di muka  hadapan tertera tajuk buku :

*"PUTERIKU  buah HATIKU"*

*Isteri :*
Terduduk lesu setelah membaca tulisan emaknya itu.

Diawali dengan hari dan tarikh lahirnya.

" Aku melahirkan puteriku....
biar terasa sakit dan mandi darah....
aku bangga dapat melahirkan anakku ini"

"Ya.....
aku bangga berupaya berjuang tanpa suami yang telah pergi mendahuluiku menemui sang pencipta."

"Aku rawat dia dengan cinta....
aku besarkan dia  dengan sepenuh kasih....
aku sekolahkan dia dengan airmata....
aku besarkan dia dengan titisan peluh."

"Kuingat.....ketika kubawa dia ke klinik untuk suntikan imunisasi.....
di dalam  bas....
dia menangis lalu kubuka butang bajuku dan kususui dia....
aku tidak  merasa malu....
bahkan tiba-tiba dia kencing sehingga basah pakaianku.....
tetapi biarlah."

*"Tiba² dia batuk kecil.... muntah....."*

"Hari itu terasa indah bagiku....
biarpun aku dibasahi kencing dan muntahnya....
namun, aku tetap tersenyum.....
bangga sekali."

"Kejadian itu berulang-ulang beberapa kali. "

"Aku tidak peduli apa kata orang di dalam bas....
asalkan puteriku dapat membesar sihat....
Itu yang utama bagiku."

*Isteri  :*
Sambil membaca..... airmatanya mulai menitis jatuh berderai....
hati terasa pedih....
dada menjadi sesak.

Tiba² dia berteriak keras....meraung semahu-mahunya *"makkk.......makkk.."!!* Sambil berdiri setengah berlari ke garaj.

*Suami  :*
Suaminya terkejut
melihat perangai isterinya dan bertanya :
" Kenapa Sal, ada apa?"
Teresak-esak dia menjawab :
*"Aku mesti bawa pulang emakku"*

Tiba-tiba telefon berdering....dijawab suaminya  lalu........

" Mohon tuan dan isteri segera datang ke rumah orang-orang tua  sekarang......cepat !!!"

Mereka tergesa-gesa ke sana....
ketika masuk, nampak tubuh ibu tua yang sudah lemah,  sedang diperiksa doktor.

*Isteri  :*
Si isteri berteriak histeria sambil menangis berderai air mata *"makkk........"!!* emaknya lemah tanpa bersuara dan berusaha memeluk kepala anaknya seraya berbisik perlahan sambil bercucuran air matanya.....

*"Anakku..*
Mak bangga mempunyaimu.... seluruh cinta kasih hanya buat dirimu nak... Maafkan mak...  *maaakkk...* *saaayyyaaaang padamu*
*(sambil memejamkan mata)"*

Sang ibu pun menghembuskan nafas terakhir ... meninggal dengan tenang.

Anaknya meraung-raung  keras sekali....menangis dan menyesal  !!!!! 
*"Makkk....makkk....* Ampunkan Sal ......
Sal derhaka pada mak.. ampun...
ampunkan Sal makkk ... makkk...
jangan tinggalkan Sal makk. "
"Anak macam apa aku ini....
anak macam apa.......
ampunkan Sal....makkkk

*SUADARAKU*....
*SAHABATKU*....

*Masihkah ada ibu dan ayah disisimu?*   

*KALAU....*
*Orang tua masih ada santunilah mereka dengan sepenuh hati.....*

Nilai apakah yang tersirat daripada kisah ini?

*Ingatlah Saudaraku :*

*kegeraman* menghantar kita *"memeluk dosa"*

Tindakan bodoh, membuat kita *"merangkul derhaka"*

# sikap ego, mendorong kita *"memeluk nista"*

# sesal yang terlambat, menarik kita *"bergelumang keperitan dan dosa"*

*Berpikirlah Positif, bertindak dengan bijak,* berkatalah yang baik....
berikan kasih sayang dengan sepenuh  jiwa.....
dan hiduplah penuh dengan *KASIH dan SAYANG*

*_Semoga hati kita menjadi lembut dalam memberikan bakti kepada org tua....❤.*_                   

*_Pelajaran yg harus kita ubah,*
# tingkah laku kita, terhadap org tua, #terimalah dia seadanya,
#kerana dialah satu2nya yg dapat memberikan kehidupan kita di dunia ini dan

*TIDAK AKAN ADA PENGGANTI SETELAH MEREKA PERGI UNTUK  SELAMA-LAMANYA.*_๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿป

*_Semoga bermanfaat._*

UCAPAN TAKZIAH UNTUK KELUARGA KETUA POLIS NEGARA


Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun yang baharu sahaja kehilangan isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.02 petang tadi selepas beliau bertarung selama 17 tahun melawan penyakit kanser.

Pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan yang amat besar khususnya buat Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia. Beliau yang mengambil alih jawatan Pengerusi PERKEP Malaysia pada 4 September lalu merupakan seorang ibu dan pemimpin keluarga PDRM yang amat disegani dan berjiwa kental.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke kampung halaman di Rapat Jaya, Ipoh, Perak untuk dikebumikan esok.

Semoga roh Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang bertaqwa.

“Sesungguhnya adalah milik Allah SWT apa yang dikhendakiNya, dan akan kembali kepadaNya apa yang Dia berikan. Segala sesuatu yang ada di sisiNya ada jangka waktu tertentu. Maka hendaklah bersabar dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim).

Al-Fatihah.


EDU HUB PAGOH, JOHOR


In a town called Pagoh which is located in Muar, Pagoh, there is now a new education hub called Edu Hub Pagoh. It consists of 4 well known universities in Malaysia.

There are:

1. IIUM, International Islamic University Malaysia, Kulliyyah Languages and Management.
2. UTHM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kampus Pagoh
3.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Research Centre
4. Politeknik Pagoh

The facilities, are new and shared between the community here. This Edu Hub center is expected to grow within this 2 years. Come and join us here in Edu Hub Pagoh!








Rabu, 13 Disember 2017

Nah! 14 Tips Padu ini khusus untuk orang bisnes yang mahu cari kekuatan dalam menjual. Dan ini juga adalah sorotan pengalaman saya.


Ini mungkin bacaan yang agak panjang. Tapi saya tetap mahu kongsikan ia malam ini. Mudah-mudahan ia menjadi satu bacaan baik sebelum kalian masuk tidur. Bacalah ya. ‘Free’ kot. Bukan minta duit pun ๐Ÿคช

1. Product Knowledge.

Sebelum kita mulakan jualan, kita mesti kena faham betul-betul apakah benda yang kita mahu jual itu ? Apakah ciri-cirinya dan apakah manfaat-manfaatnya ? Sebagai contoh, apabila kita menjual penapis air, Teknologi nano dan dua fungsi ( panas dan sejuk ) itu adalah ciri-cirinya. Manakala “ Penapis Air kami membantu memudahkan suami bancuh susu anak apabila isteri tidur lena “ adalah manfaatnya.

2. Alat bantuan jualan.

Untuk menambah keselesaan kita dalam membuat jualan. Pastikan kita ada peralatan bantuan yang lengkap. Sebagai contoh, apabila kita mahu melayan whatsapp dengan prospek, kita sudah ada gambar produk, testimoni dan copywritingnya. Sebelum kita buka meja untuk berniaga di pasar malam, kita sudah ada kain rentangnya. Bagi seorang peniaga jagung kukus, penutup periuk kukus itu alat bantuannya. Ia terjadi apabila diangkat-angkat penutupnya dan berkepul-keluar keluar wapnya, gitu.

3. Atasi rasa takut.

Kita takut kerana kita mahu buat benda yang kita tak pernah buat. Ini adalah satu perasaan yang normal. Ketika saya mula menjual di pasar malam dahulu, saya pun takut juga. Takut orang tak beli dan takut kepada segalanya. Kita kena atasi rasa takut ini dengan pelbagai aktiviti menjual. Mula-mula memanglah kita berasa segan, lama-lama nanti ia akan bertukar menjadi gian. Atasi rasa takut dengan proses menjual yang berulang-ulang, bukan bawa air pergi berjumpa pawang.

4. Berlatih bercakap.

Tak kisahlah cakap dalam telefon atau bercakap secara berdepan. Jika kita lihat, semua jurujual yang berjaya memang pandai bercakap apabila mereka menjual. Mulut manis kata orang. Mestilah mulut kena manis, kalau mulut puaka nanti siapa pula yang mahu beli barang dengan kita ? Berlatih untuk bercakap perkara-perkara yang disukai pelanggan. Ceritakan kelebihan, manfaat, ciri baik dan tawaran-tawaran untuknya. Gunakan point yang sama dalam penggunaan whatsapp dan medium-medium lain. Tulis seolah-olah kita sedang bercakap.

5. Kenalpasti channel jualan.

Channel jualan itu maksudnya di mana tempat kita mahu jual. Sebagai contoh, jika kita menjual secara online, channel jualan kita boleh jadi sebuah laman web, laman facebook atau instagram. Dan sekiranya kita menjual secara offline, channel itu mungkin boleh jadi di tepi kaki lima, lot kedai, pasar malam ataupun booth di expo-expo. Bila kita tahu channel mana yang mahu kita cuba, barulah kita boleh merancang hal seterusnya. Tahu channel jualan sangat penting untuk kita merancang strategi jualan.

6. Siapa pelanggan kita.

Kena kenalpasti siapa yang mahu beli produk dan perkhidmatan kita ini. Janganlah kita main redah sahaja. Jangan cari fasal mahu jual air batu kepada orang Eskimo. Bukan tak boleh, boleh jadi ada orang Eskimo yang beli. Tapi bukan dia beli sebab dia nak guna, tapi sebab dia kesian tengok muka seposen kita. Sebagai contoh, jika kita mahu menjual penapis air untuk memudahkan kerja ibu-ibu muda di rumah, sasarkan kepada wanita berumur 20an hingga 30an. Jika mahu jual jajan untuk budak sekolah, pacak payung depan pintu pagar sekolah sewaktu budak-budak mahu pulang.

7. Jumpa lebih ramai orang.

Tak usah jadi pemalas dan penakut. Jualan yang paling sedap ialah jualan kepada orang yang kita tidak kenal dan tidak pernah jumpa. Meet more people everyday. Semakin ramai kita jumpa, semakin tinggi peluang close deal kita. Orang yang kita kenal biasanya mahu minta diskaun. Tetapi orang yang kita tak kenal biasanya minta maaf saja. Tak sakit hati! Kan ? Jumpa 10 orang untuk dapat 1 orang pelanggan. Dapat ekstra pelanggan itu bonuslah !

8. Berhenti masuk kelas sekejap.

Hah. Terkejut ? Seminggu sekali kau masuk kelas ni apa cerita ? Fokuslah kepada kerja-kerja membuat jualan dahulu. Kerana daripada jualan inilah akan datang pendapatan. Bisnes tanpa aktiviti jual beli itu bukan bisnes namanya. Esok dah bertimbun duit tu, kau pergilah kelas semula. Berhenti sekejap keseronokan berselfie dan bernetworking tu. Hello bro, kembalilah kepada realiti hidupmu. Lakukan apa yang perlu dilakukan dahulu. Siapa ajar nak berniaga mesti kena masuk kelas seminggu sekali ? Nak berniaga kena menjual bro. Jual jual jual.

9. Cari keseronokan menjual.

Bagaimana ? Cari teknik jualan yang kita suka dan cuba-cubalah sampai berjaya. Nak menjual tak boleh stress-stress bro. Kita mesti kena cool dan tenang-tenang saja. Jika keluar rumah di pagi hari pun kau sudah stress, maka kau akan stress sepanjang hari. Keseronokan menjual setiap orang tidak sama. Dulu-dulu, saya bawa tunang ( sekarang isteri ) untuk ikut menemani saya berniaga setiap hujung minggu. Saya datang awal ke lokasi niaga dan saya akan pastikan perut kenyang sebelum pulang. Itu keseronokan menjual saya. Lain orang lain seronoknya. Cari benda itu sampai jumpa.

10. Reward diri sendiri.

Belajar untuk ucap terima kasih, tepuk tangan dan beri hadiah kepada diri sendiri pula. Raikan setiap kejayaan kecil untuk menerima kejayaan-kejayaan yang lebih besar. Biarlah orang cakap kita poyo sekalipun, bukan dia nak bayar bil letrik kita setiap bulan. Bukan dia juga yang menyuap nasi ke mulut kita bila kita lapar. Apabila diri sendiri capai target jualan, beri hadiah dan ucap terima kasih. Puji diri sendiri begini, “ Lu memang power baiii ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ “. Dulu saya reward diri dengan aktiviti memancing. Apabila jualan harian saya mencecah 1000 ringgit, saya akan terus ke kolam memancing Sealion di Klang pda keesokan harinya. #padubeb

11. Cari kawan untuk berteman.

Jika rasa kita ini memang jenis susah mahu buat apa pun seorang diri. Carilah seseorang buat peneman. Saya tak nafikan memang ada orang begini, nak pergi kencing pun mahu berteman, makan berteman dan serba serbi mahu ada kawan. Carilah orang itu dan ajak dia bersama kita. Tapi itulah, kawan ini pun manusia juga. Dan manusia boleh berubah tanpa disangka-sangka. Bila dia sudah tahu banyak benda, risikonya ialah kita disailang oleh mereka pula. Inilah namanya kawan makan kawan. Tolong susah, tak tolong pun susah. Sebab itu kadang-kadang bersendirian lebih hensem dan padu.

12. Senyum.

Kena senyumlah bro. Walaupun memang sejak lahir muka kita memang jenis ketat macam Terminator, kau kena paksa senyum juga. Kata nak menjual ? Mana ada orang mahu beli dengan orang bermuka ketat ? Senyum ini bukan sahaja menjadi daya penarik, malah ia juga mampu membuatkan diri kira berasa tenang dan selesa. Tetapi janganlah pula kau asyik senyum saja tanpa henti, nanti orang ingat kau gila !

13. Jangan rasa bagus.

Ini masalah yang selalu membunuh seorang jurujual champion. Feel good, comfort dan rasa dah bagus sangat. Bila perasaan ini datang, kau kena cepat-cepat beristighfar dan bawa mengucap. Apabila terbit sedikit saja rasa bagus begini, kau kena cepat-cepat kawal supaya dia tak membawa kepada penyakit hati seperti sombong dan lupa diri. Kita nampak bagus di mata orang sebab Tuhan sudah tutup keaiban kita, itu saja. Orang bisnes yang tiada masalah ini akan selalu dihormati dan senang didekati. Nak sombong apa ? Oksigen pun kita dapat Free.

14. Cipta cabaran baru setiap hari.

Lupakan kejayaan semalam! Saya sering ulang point ini sejak dulu lagi. Tak usah kenang sangat kejayaan semalam. Raikan sekejap dan lupakan terus. Sebaliknya cipta pula gol baru dan cabaran baru selepas itu. Sebagai contoh, jika bulan yang lepas kita sudah berjaya menjual 3 unit penapis air, bulan ini kena cuba jual sekurang-kurangnya 6 unit pula. Gol mesti logik dan mudah dicapai. Ya. Kena cabar diri untuk tambah baik setiap hari.

Saya Ikram Al-Banjari dan saya seorang peniaga. Saya bermula di pasar malam, di jalanan dan di pentas kecil. Saya menulis di faceook untuk menghormati perbezaan dan meraikan kesamaan antara kita. Saya percaya ada diantara kita yang perlukan sentuhan semangat begini. Sebab itu saya terus menulis.

Tak perlu tekan Share dan Tag kawan-kawan jika kalian merasakan penulisan saya ini tidak memberi manfaat. Abaikan saja dan boleh pergi berdengkur. Sebaliknya, buatlah apa yang sepatutnya supaya ramai dapat berkongsi manfaatnya, kecuali ‘Copy and Paste’.

‘Copy and Paste’ adalah salah disisi undang-undang walaupun tujuannya murni. Peguam saya tidak akan teragak-agak untuk failkan saman kepada perompak ‘content’ di sini. Satu perkataan dirompak, saya saman seribu ringgit. Mahal kan ?

Ikram Al Banjari
Saudagar Jalanan

Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG : Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

1. Penolong Akauntan W29

Tarikh tutup: 15 Dec 2017

Maklumat lanjut :-
http://infojawatankerajaan.com/job-vacancies-university-malaya-medical-centre-ummc/

* Sama-sama share dan kongsi » SHARE & LIKE
* Bantu mereka yang tengah mencari kerja
* Moga semua usaha kita juga dipermudahkan.
* Mana tahu esok rezeki kita pula & lebih baik dari yang lain.

Fungsi kad KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)


#Pendaftaran Mulai Esok 13 Disember 2017 (Rabu) di Pejabat Pejabat Pusat Khidmat DUN/Penyelaras Dun/Ketua - Ketua Kampung di Selangor

Syarat-syaratnya:

1. Warga Negara Malaysia,
2. Menetap lebih 10 tahun di Selangor,
3. Pemilih (Pengundi) di Negeri Selangor dan mendaftar di DUN masing-masing,
4. Tanggungan anak atau tanggungan dibawah 21 tahun &
5. Pendapatan seisi keluarga dibawah RM2,000 sebulan.

*MANFAAT KAD KISS*

Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak

Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar

Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)

Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan

Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan

Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

*SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN*

1. Beras
2. Mi dan Bihun
3. Roti
4. Biskut
5. Telur
6. Gula dan Garam
7. Rempah ratus
8. Tepung
9. Minyak masak
10. Sayur-sayuran
11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

Maklumat lanjut layari:
https://www.kiss.com.my/

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.


Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah bangsa kemboja.

Sebelum wafat Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Syeikh Abdullah Al-Khumairi adalah ulama agung dari Hadhratmaut yg membawa Qalam Agung Dua Kalimah Syahadah kepada Bani Melayu Jadid di Nusantara ini sehingga berkembangnya Islam diseluruh kepulauan Nusantara ini. 

Asal nama Melayu ini adalah diberikan oleh Syeh Al-Khumairi dgn gelaran *AL-MALA-U* yg bererti *Suatu kelompok bangsa yg mempunyai akhlak dan budipekerti yg lemah lembut* yang akhirnya di sebut sebagai *AL-MALAYU WIYYAH* yakni MELAYU (Jadid/baharu).

*Jawi* atau Jiwi ikut bahasa sanskrit *Ji=satu* & *Wi=Tuhan* yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd SATU Tuhan (mentauhidkan tuhan).

*DI MANAKAH BANGSA JAWI JADID AL-MALA-U ITU?*

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Kenali diri mu yg sebenarnya.....

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam (Kotak) *TABUT SAKINAH* yang teramat rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, "di penghujung dunia", kecuali para *ahlli kasyaf kubra* yang mampu berkomunikasi merentasi alam ruh/arwah sebagaimana dijelaskan dalam kitab Muhimmah mukasurat 123 itu.

Al-Baqarah ayat 248 ada di sebut kotak tabut tu..

Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi *RAJA* ialah kembalinya *TABUT* kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan (SAKINAH) dari Rabbmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; TABUT itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman’.” (Al-Baqarah : 248)

*APA ADA DALAM TABUT?*

Apa yang terdapat dalam TABUT adalah merupakan tanda (mu’jizat) yang besar di mana Tabut tersebut mengandung apa-apa yang ditingalkan oleh keluarga Nabi Musa dan keluarga Nabi Harun *berupa ilmu dan hikmah*; dan disana pula terkandung *ketenangan* bagi kaum tersebut yang menjadikan hati dan jiwa mereka tenang.

FIRMAN ALLAH SWT:

ูˆَู‚َุงู„َ ู„َู‡ُู…ْ ู†ِุจِูŠُّู‡ُู…ْ ุฅِู†َّ ุขูŠَุฉَ ู…ُู„ْูƒِู‡ِ ุฃَู† ูŠَุฃْุชِูŠَูƒُู…ُ ุงู„ุชَّุงุจُูˆุชُ ูِูŠู‡ِ ุณَูƒِูŠู†َุฉٌ ู…ِّู† ุฑَّุจِّูƒُู…ْ ูˆَุจَู‚ِูŠَّุฉٌ ู…ِّู…َّุง ุชَุฑَูƒَ ุขู„ُ ู…ُูˆุณَู‰ ูˆَุขู„ُ ู‡َุงุฑُูˆู†َ ุชَุญْู…ِู„ُู‡ُ ุงู„ْู…َู„ุขุฆِูƒَุฉُ ุฅِู†َّ ูِูŠ ุฐَู„ِูƒَ ู„ุขูŠَุฉً ู„َّูƒُู…ْ ุฅِู† ูƒُู†ุชُู… ู…ُّุคْู…ِู†ِูŠู†َ

“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka, 'Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Rabbmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman,’ (QS al-Baqarah [2]: 248).

TABUTH SAKINAH ialah sebuah PETI SAKINAH yang di dalamnya terkandung NAMA NABI DAN RASUL YG BERJUMLAH 124,000 ORG; serta SISA peninggalan Nabi Musa as sebagai lambang "pemerintahan" bagi setiap PEMIMPIN ALAM yang memerintah ALAM SEMESTA ini sebagai KHALIFAH allah (bukan sekadar dunia bulat ini).

Kita andaikan “nabi mereka” itu ialah Nabi Muhammad saw dan “mereka” itu ialah kita. Disebut “mereka” kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman baginda dan para sahabat tetapi pada zaman selepas mereka. *Boleh jadi zaman kita!*

*Jadi Nabi Muhammad saw berpesan kepada generasi selepas zaman sahabat iaitu kita tentang KEDATANGAN SATU KERAJAAN.*

Pada ayat 248 ini, perkataan ‘Talut” tidak ada. Nama Talut disebut dalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu petunjuk kepada kita kerana Allah tidak mengkhaskan ‘kerajaan’ itu kerajaan siapa. Jika disebut secara jelas “kerajaan Talut”, bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan yang lain.

Sebagaimana yang kita maklumi, selain daripada pengetahuan, *agenda utama Talut ialah memimpin Angkatan Perang*. Dengan angkatan perang inilah dia membina sebuah kerajaan.

Jika *benarlah* ayat ini mempunyai maksud berganda iaitu menceritakan kisah dulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datang seorang yang seperti *Talut* memimpin angkatan perang lalu menubuhkan kerajaan.

Di sinilah kita lihat seakan ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi dan kembalinya kekhalifahan Islam untuk kali kedua.

*Perkara ini (munculnya TABUT) adalah SATU PETANDA bagi ORANG-ORANG BERIMAN.*

Apabila kita mendengar cerita tentang penemuan *tabut*, bererti *Imam Mahdi SUDAH ADA* dan *Daulahnya* akan dibentuk tidak lama lagi.

*KISAH SELANJUTNYA:*
............
Tabut Sakinah itu akhirnya kembali kpd Rasulullah saw,  umpama SIREH PULANG KE GANGGANG. Selepas Rasulullah saw wafat TABUT itu dipegang oleh KHALIFAH AR-RASYIDIN YG EMPAT secara bergilir2 dan dipegang seterusnya oleh pemimpin (KHALIFAH)  lain dari kalangan WARASATUL ANBIA sehinggalah datangnya AL-MAHDI pemegang dan pemimpin dunia TERAKHIR sebelum TABUTH SAKINAH itu di bawa naik kembali kepada Allah oleh malaikat sebagai berakhirnya HAYAT DUNIA YANG FANA INI sebelum KIAMAT berlaku.

Maka *tiap* pemimpin ALAM ini adalah mereka yg memegang Tabut Sakinah ini. Mereka inilah para AULIA ALLAH yang menjaga alam ini dgn izin Allah kerana mereka bekerja utk Allah. Merekalah di khotobkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai *KHALIFAH* Allah swt,  yg menggantikan Allah memerintah bumi Allah ini dengan syariat2Nya.

Mereka inilah yg seharusnya di rujuk dan dicari utk di BAI'AH dan di TAATI, dan bukan pemimpin dunia "TANPA" Tabut Sakinah kerana lambang kepimpinan dan  *SAKINAH* iaitu "ketenangan" berada di bawah Kepimpinan Pemegang Tabut yg di dalamnya itu berisi *SAKINAH* itu.

Maka,  barangsiapa yg bernaung di bawah kepimpinan yg ada di sisinya Tabut Sakinah akan zahirlah KETENANGAN dalam hati dan jiwa mereka selamanya dunia dan akhirat sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah swt di dalam firmanNya.

Bahawa ketenangan (SAKINAH) tersebut memberikan pengaruh terhadap hati, sebagaimana ayat, “di dalamnya terdapat *"ketenangan" dari Rabbmu”*, dan *ketenangan* ini jika masuk dalam hati seseorang maka dirinya akan menjadi tenang, bahagia, lapang dada terhadap syariat dan menerimanya dengan sepenuhnya dgn menghidupkan di dirinya akan hukum hakam Allah Azzawajalla.

Justeru, berada di bawah "lembayu" keagungan pimpinan mursyid murobbi pemegang TABUTH SAKINAH itu adalah suatu kesejahteraan dan keamanan serta keselamatan bukan sahaja di dunia malahan menjamin keselamatan dan kebahagiaannya hingga di hari akhirat dari Allah azzawajalla.

Itulah *TABUT SAKINAH* iaitu "peti kebaikan" yang di kejar dan di *HAMBAT* siang dan malam oleh para *ILLUMINATI* dan *ISRAEL* laknatullah kerana mereka terlalu cemburu kerana PETI itu tidak lagi berada pada bangsa keturunan mereka BANI IZRAEL.

Namun Allah mengaugerahkannya kpd zuriat Nabi Muhammad saw iaitu "pewaris" baginda dari keturunannya yang mulia yg dipilih dan dilantik oleh Allah menggantikannya iaitu pimpinan Auliya Yang Aqla lagi 'Aqzam.

*KENAPA ISRAEL MAHUKAN BAITUL MAQDIS?*

Kerana mereka mahukan TABUT SAKINAH yang kononnya kini berada di bawah Masjidil Aqsa iaitu disuatu tempat bernama HAIKAL SULAIMAN,  iaitu suatu tiang tinggi di bawah masjid. Tanpa menawan masjidil Aqsa sukar bagi mereka mencarinya.

*KINI.........*
ISRAEL TELAH MEMBINA SATU2NYA PENGKALAN TENTERA LAUTNYA DI LUAR ISRAEL YANG BAGITU JAUH IAITU DI SINGAPURA…KERANA APA & UNTUK APA?
....KERANA MEREKA SUDAH MENGHIDU DAN SEDANG MEMERHATIKAN SUATU BANGSA YANG BERNAMA BANGSA MELAYU JAWI JADID DI NUSANTARA INI YANG BAKAL BANGKIT MEMBAWA PANJI-PANJI HITAM UNTUK MEMUSNAHKAN ISRAEL, NEGARA MEREKA.

Sungguhpun mereka bangsa laknat ini merancang namun Allah juga merancang dgn lebih hebat lagi....Allah melantik dan menghidupkan para pejuangnya yg dipilihnya........ itulah mereka para hulubalang Allah dan hulubalang Rasulullah saw yg bernaung di bawah PAYUNG BAYANGAN ALLAH bersama GHAUTSUL 'AZAM yg memegang TABUTH SAKINAH yg akan muncul dan bakal membelah bumi,  gunung ganang dan lautan PENDERITAAN UMAT ISLAM yg di siksa dan yg dizalimi sekian lama,  dgn izin Allah swt.

*SIAPAKAH MEREKA DAN DI MANA MEREKA?*............ bertemu lagi.

Semoga bermanfaat
Muhyiddin Al-Jilani.

Khamis, 7 Disember 2017

Slack Cotton Lee

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ PROMOSI PENGHABISAN STOK !!๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ ๐Ÿ‘–SELUAR SLACK COTTON LEE's ๐Ÿ‘–
.
HARGA  3 helai SERENDAH RM160 SAHAJA.
.
#INCLUDE #POSTAGE (Semenanjung)!!!! .
๐Ÿ‘–WARNA COKLAT, CREAM DAN KELABU (SAIZ 28-36)๐Ÿ‘–
.
Cepat, stock terhad , HIGH QUALITY !!!
.
First come, first serve!!!
.
SAIZ? .
.
✅Saiz 28-36 RM60 SEHELAI (COKLAT, KELABU, CREAM)
.
๐Ÿ‘๐ŸปJenis SLIMFIT cut
.
๐Ÿ‘๐Ÿปkain COTTON 100%
.
๐Ÿ‘๐ŸปLELAKI PEREMPUAN boleh PAKAI
.
๐Ÿ‘๐ŸปFabrik  STRETCHABLE / MEMERI / BERGETAH
.
*WARNA TAHAN TIDAK MUDAH LUNTUR DAN KAIN TIDAK PANAS SEDAP DIPAKAI*
.
๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป*BERMINAT??.
KLIK LINK DIBAWAH* ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK
.
014-639 2686 (Ardi)
.
๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK
.
014-639 2686(Ardi)
.
๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke www.wasap.my/60146392686/SLACK
Instagram :
https://www.instagram.com/seluarslackcotton/

#BeliPastiRepeatOrder #SeluarSlackCottonLevisLimitedEdition
#BisnesOnline #SeluarMurahBerkualiti
#SeluarSlack #SeluarSlackCottonLevis
#Seluar #PakaianHarian #SeluarJeans #SeluarTrackSuit #SeluarUniqlo #Uniqlo #Levis








Seluar Jeans

PROMOSI MEGA!!! PROMOSI MEGA!!! PROMOSI MEGA
.
SELUAR JEAN'S  LIMITED EDITION
.
HARGA 3 helai SERENDAH RM150 SAHAJA
#FREE #POSTAGE (semenanjung)
.
Cepat, stock terhad , HIGH QUALITY
First come, first serve
.
SAIZ? .
.
✅Saiz 28-36.
✅Sehelai RM60 free postage
✅Jenis straight cut
✅LELAKI PEREMPUAN boleh PAKAI
.
_.๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป*BERMINAT??
KLIK LINK DIBAWAH* ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป._
.
_๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'JEANS' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK
.
014-639 2686 (Ardi)
.
_๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'JEANS' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK
_.
014-639 2686 (Ardi)
_.
_๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'JEANS'' ⏩ke www.wasap.my/60146392686/SLACK
_.
014-639 2686 (Ardi)
_.
https://www.instagram.com/seluarslackcotton/
.
#BeliPastiRepeatOrder #SeluarSlackCottonLevisLimitedEdition
#BisnesOnline #SeluarMurahBerkualiti
#SeluarSlack #SeluarSlackCottonLevis
#Seluar #PakaianHarian #SeluarJeans #SeluarTrackSuit #SeluarUniqlo #Uniqlo #Levis

































Seluar Slack Cotton

๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ PROMOSI PENGHABISAN STOKK!! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ‘–SELUAR SLACK COTTON LEVIS ๐Ÿ‘–

HARGA  3 helai SERENDAH RM130 SAHAJA !!!!!
#INCLUDE #POSTAGE (Semenanjung)!!!!

๐Ÿ‘–WARNA HITAM, COKLAT, CREAM DAN KELABU (SAIZ 28-48)๐Ÿ‘–

Cepat, stock terhad , HIGH QUALITY !!!

First come, first serve!!!
✅28-42 (COKLAT, HITAM, KELABU, CREAM)
✅44-48 (KELABU, CREAM, HITAM, COKLAT)

SAIZ?
✅Saiz 28-36 RM130
✅Saiz 38-42 RM140
✅Saiz 44-48 RM150

๐Ÿ‘๐ŸปJenis straight cut
๐Ÿ‘๐Ÿปkain COTTON 100%
๐Ÿ‘๐ŸปMade in HONG KONG
๐Ÿ‘๐ŸปLELAKI PEREMPUAN boleh PAKAI

*WARNA TAHAN TIDAK MUDAH LUNTUR DAN KAIN TIDAK PANAS SEDAP DIPAKAI*

๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป*BERMINAT??
KLIK LINK DIBAWAH* ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK

014-639 2686 (Ardi)

๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke  www.wasap.my/60146392686/SLACK

014-639 2686(Ardi)

๐Ÿ“žWhatsapp
⏩ 'SLACK' ⏩ke www.wasap.my/60146392686/SLACK

014-639 2686 (ARDI)

Instagram :
https://www.instagram.com/seluarslackcotton/

#BeliPastiRepeatOrder #SeluarSlackCottonLevisLimitedEdition
#BisnesOnline #SeluarMurahBerkualiti
#SeluarSlack #SeluarSlackCottonLevis
#Seluar #PakaianHarian #SeluarJeans #SeluarTrackSuit #SeluarUniqlo #Uniqlo #Levis