Rabu, 17 Januari 2018

Durian

DURIAN

1. Berita baik. Durian ada 0 kolestrol.

2. Berita baik lagi. Durian kaya dengan serat, iron, vitamin B dan vitamin C.

3. Berita tak baik. Sekiranya anda mempunyai diabetes dan harus menghitung pengambilan karbohidrat, elakkan durian. Ia ada kandungan gula tinggi - sucrose, fructose dan glucose.Selain itu, durian mempunyai sodium dan protein rendah.

4. Ini berita lagi tak baik. Durian mempunyai kalori dan karbohidrat tinggi. Satu kilogram durian mempunyai antara 850 kalori sehingga 1,500 kalori, bergantung kepada buah durian tersebut. Ini hampir 3/4 keperluan kalori seharian orang dewasa.

5. Kalau anda sedang berusaha kurangkan berat badan, makan satu biji durian menjadikan hari anda sia-sia - kecuali anda tak makan apa-apa lagi pada hari tersebut.

6. Kalau anda sihat dan nak makan durian, bataskan kepada 2-3 ulas saja. Sekiranya anda sarapan nasi lemak, makan tengah hari nasi kandar, petang makan roti canai, malam makan nasi campur, kemudian makan dua biji durian, sendiri mahu ingat!